Book Review: Pada Masa Yang Terhenti - Osman Deen
Pada Masa Yang Terhenti, Malik mungkin sedar apa yang disekelilingnya tidak akan kekal lama. Pada Masa Yang Terhenti, Kuntum tetap menjadi pemangkin semangat Malik. Dengan membenarkan diri kita lemah, kita kuat. Pada Masa Yang Terhenti. Aku mula-mula tak sedar yang cover novel ini menunjukkan dua pakaian yang berbeza. Pakaian perempuan yang seperti zaman dahulu dan pakaian lelaki seperti zaman sekarang. Aku suka novel ni walaupun tak logik merentasi garis masa hanya melalui sepucuk surat. Aku suka novel ini sebab pembacaan yang ringan dan penulis berjaya bawakkan bahasa Melayu tahun 1967 dan 2019 yang berbeza ejaannya. Aku suka novel ini sebab pembacaanya tersangatlah ringan. Dalam masa seminggu sahaja, aku berjaya habiskan novel ini. Kalau kalian suka tonton Netflix, aku sarankan kalian tonton The Call movie Korea. Persamaannya, merentasi masa hanya dengan menggunakan telefon. Aku faham perasaan Malik yang ingin menamatkan semuanya kerana penat...