Book Review: If Only You Remember - Norhafsah Hamid
"Your heart knows the way. Run in that direction." - Rumi
If only Shafique remembered that Sofea had once been his childhood superhero.
If only Shafique remembered that Sofea had always been his Cinderella.
If only Shafique remembered that Sofea would forever love him, through thick and thin.
If Only You Remember.
Bagi aku, novel ini sama seperti novel-novel Norhafsah Hamid yang sebelumnya. Jalan cerita yang seakan-akan sama dengan meletakkan pengakhiran yang sedih. Watak-watak juga seakan-akan sama dengan novel-novel Norhafsah Hamid yang sebelumnya.
Cumanya, novel ini tentang kesetiaan - loyalty.
Dalam novel ini, aku suka chemistry Shafique dan Sofea sebagai suami dan isteri. Si suami yang boleh bertoleransi dengan kekurangan si isteri dan si isteri yang boleh terima kelebihan si suami.
Kesetiaan bagi seseorang kepada seseorang yang sedang diuji.
Dan, aku suka cara Shafique propose Sofea.
"If I do forget you, please know that my heart will always remember you even if my mind does not. My love will never fade even if me memory does." - Shafique
Sebagai seseorang yang sentiasa membaca karya Norhafsah Hamid, aku rasa buku ini tiada apa yang istimewa kerana latar belakang dan pembawakan penulis sama seperti karya-karya Norhafsah Hamid sebelumnya.
Watak-watak dalam novel ini tiada langsung yang membangun dan semuanya mendatar. Kalau watak yang baik dan sempurna, sampai ke penghujung cerita sangat baik dan sempurna.
Walaupun Sofea satu watak yang baik dan ada juga selitkan yang Sofea tidak berpuas hati dengan Jenab dan Salimah, tetapi penulis mencipta watak Sofea seperti tiada cacat cela. Karakter Sofea seolah-olah tidak membangun.
Watak antagonis ada diselitkan tetapi tidak menampakkan mereka seperti antagonis.
Latar belakang novel ini juga mendatar dan agak membosankan. Contohnya, tiada klimaks dan plot twist. Semuanya dapat dijangkakan kerana sebagai seorang yang sentiasa membaca buku Norhafsah Hamid, sebagai pembaca aku dapat kenal pasti pattern penulis yang sama dengan karya-karya yang lain.
Overall, everyone should read If Only You Remember if they are searching for happiness in the midst of life’s trials.
Comments
Post a Comment