Book Review: Sapphire - Anjell
It is not a crime to fall in love.
After so long tak baca karya Anjell, now, Anjell intorduced to us, Sapphire.
Turutan novel mengikut garis masa: Rose's - Sapphire - Dheo's
I am falling in love with Nickolai Lorenzo D' Ambrusio after Dheo Tyler Han D' Ambrusio, after Eskandar Arasyah and after Ardean Tufail. Now, Nickolai is one of my bucket list.
Sebelum aku sambung review, aku nak cakap yang dalam novel Sapphire ni, Dheo adalah side character and one of the important character, jadinya, tentulah Dheo acap kali ada muncul dalam bab-bab dalam Sapphire.
Sapphire.
Ada dua babak.
Satu babak untuk kembar Sapphire, Serafina.
Satu lagi babak adalah untuk Sapphire.
Hero dia? Sudah tentu Nickolai Lorenzo D'Ambrusio.
Sebenarnya, Nickolai ni husband kepada siapa? Serafina ke Sapphire?
Apa yang jadi antara mereka berdua? Ha, kalian pergilah baca Wattpad Anjell. Aku yakin 20 babak pertama masih sama dengan 20 babak pertama dalam novel.
Serafina dan Sapphire kembar seiras dan berbeza dari segi personalitinya.
Nickolai, seorang mafia tak percaya yang cinta akan buatkan seseorang jadi mereng seperti yang Dheo lakukan. Dheo sanggup tinggalkan keluarga D'Ambrusio semata-mata kerana seorang wanita dan Nickolai sangat-sangat marah dengan sepupunya itu.
Bagi dia, bermati-matian untuk seorang wanita adalah perkara paling bodoh. Namun, perkara bodoh itulah yang dia lakukan demi seorang wanita.
May you, dear girl, one day find a man who would be willing to burn the world for you.
Aku suka penulis tulis novel yang berkisarkan latar belakang di Itali dan Sepanyol. Walaupun aku tak boleh bayangkan the exact scenario tapi aku tahu yang semuanya belatarbelakangkan Itali. Mungkin, ada yang benar tentang Itali dan mungkin tidak. Dah nama pun novel fiksyen.
Oh ya! Time background was in 2016 and all the characters were not a Muslims.
Bagi aku, disebabkan Sapphire is another part of Dheo's, aku rasa this is the same Anjell. Penulisan yang lebih mudah difaham berbanding dengan Lelaki Astatine yang tidaklah dikategorikan sebagai bahan bacaan ilmiah tetapi full of knowledge yang bagi aku susah untuk faham sebagai pembaca yang not further studies in physics.
Dalam novel Sapphire, motif utama dalam cerita ni, adalah untuk balas dendam tentang kematian kelurga Varano.
Kematian antara Serafina Varano atau Sapphire Varano.
Tapi, dari awal novel sampailah 3/4 novel, aku taktahulah siapa sebenarnya yang dah mati, Serafina atau Sapphire? Waktu aku baca ni, aku harap sangat Serafina masih hidup walaupun tak logik untuk dia hidup sebab aku lebih suka personaliti Serafina. Tapi, separuh lagi hati aku, mengeyakan bahawa Sapphire adalah heroin dalam cerita ni.
Tapi siapa sebenarnya yang masih hidup? Sapphire atau Serafina?
Korang kena baca lah novel ni!
Your wish is my command, cara mia!
Sebagai orang yang dah lama tak baca buku romance, aku rasa best novel Sapphire ni. Tapi, makin ke belakang, makin aku rasa penceritaan ini kurang mencengkam sebab bagi aku garis masa dalam penulisan novel Sapphire macam tidak jelas.
Lebih-lebih lagi antara watak Sergio dan Savino. Disebabkan kedua-dua watak ini bermula dengan huruf S, aku kadang-kadang tak dapat nak bezakan siapa Sergio dan Savino. Aku pun kurang jelas antara hubungan Savino Salvitci dengan keluarga D'Ambrusio
Dan buatkan aku tertanya-tanya, siapakah Alessio dalam novel ni? Tiba-tiba saja wujud si Bugatti comel sorang ni.
Dalam novel Sapphire ni, ada dua plot twist. Kalau nak tahu, bacalah sendiri.
Overall, Nickolai such a green flag men.
*aku beli Sapphire melalui google form dekat Instagram Anjell.

Comments
Post a Comment