Book Review: Rose's - Anjell
When you look at things positively, even the negative ones will shift.
Assalamualaikum dan hi semua!
Belakang rumah ada buaya, hi awak!
Dalam banyak-banyak karya Anjell aku lebih suka dan tertarik dengan Dheo Han selain daripada Eskandar Arasyah atau pun Raja Haidar malah Dr. Hilman Ukasyah.
Sebab apa? Sebab dia bad boy.
Aku rasa kalian semestinya sudah tahu tentang Rose's ini daripada Instagram, Twitter dan lebih hebat daripada TikTok. TikTok banyak sangat yang create video untuk memperlihatkan Dheo Han di mata pembaca itu sendiri dan aku sendiri tak terkecuali!
Aku dah biasa baca masterpiece Anjell dan aku enjoy setiap masterpiece beliau. Tapi, aku tak nafikan keseronokan aku membaca hanyalah semasa setiap Hero dan Heroin itu sebelum mereka berkahwin lepas plot mereka berkahwin aku sedikit turn off dengan jalan ceritanya kerana pada pandangan aku, perencah plot novel cinta adalah sebelum mereka berkahwin. Suka hati akulah, itu aku minat.
Kalau awak ros, saya durinya.
Macam yang kalian semua tahu, Rose's ni limited. Sebenarnya panjang ceritanya macam mana aku dapatkan Rose's tapi long story short, aku beli Rose's daripada Rose Biru Bookstore dan aku sangat-sangat suka sebab Rose Biru bagi aku tiga freegift dan salah satunya adalah bookmark yang bagi aku sangat-sangaatttt cantik. Much lurve.
Masa baca buku Rose's ini, aku tak pernah pun bayangkan aku adalah Nurissa Rose tapi aku bayangkan diri aku sebagai orang yang memerhati mereka dari jauh dan ingin jadi seperti mereka.
Kalau baca Rose's tak sah kalau aku tak translate sebab ada bahasa Itali yang penulis sendiri tidak tulis dalam novel.
Contohnya, aku mesti tersengih kalau Dheo panggil Rose "dolce cuore" maksudnya sweetheart macam tesoro. Tapi disebabkan panggilan dolce cuore aku search dekat pakcik Google Translate jadinya aku lebih berminat dengan panggilan tu.
Aku suka moment Dheo dan Rose di Paris. Main lukis-lukis, cat-cat seolah-olah aku sendiri dapat rasa lukisan itu sendiri. Lukisan bentuk tangan yang berlatar belakangkan Eiffel Tower. Aku suka lihat seni orang sebab aku tak pandai melukis. Jadinya, bagi aku, setiap lukisan ada nilai sentimental itu sendiri.
Aku suka juga bagaimana penulis selitkan dakwah dalam novel ni. Lebih-lebih lagi apabila Rose sentiasa bercerita tentang Islam pada Dheo. Ada perkara yang aku juga baru tahu. Sebenanrya susah juga kalau nak selitkan dakwah dalam penulisan kerana kalau tersilap tulis, banyak tafsiran yang terpesong dan tersalah erti. Tak silap aku, aku pernah baca, Anjell pernah tulis yang ini merupakan salah satu cara Anjell berdakwah iaitu melalui penulisan. Tak banyak tapi cukuplah ada.
Kadangkala waktu aku baca, macam tak realisitik langsung sebenarnya jalan penceritaan Dheo Han dan Nurissa Rose tapi bagi aku suka hati penulislah sebab penulisan merupakan imaginasi penulis itu dalam meluahkan eksperasinya. Tapi ada juga yang seharusnya penulis perbaiki.
Surat yang dibacakan oleh Sheikh Ali tentang pengislaman Dheo di salah sebuah masjid sangat-sangat mengayat hati aku. Aku sebenanrya salute bagaimana penulis mereka cerita akan surat pengislaman Dheo. About non-Muslims perspective. Serta penulis selitkan juga dakwah dalam surat Fateh.
Aku tertarik dengan apa yang ditulis oleh Muhammad Fateh,
"...most non-Muslims clueless about Islam. They dont know any rule of Islam. Therefore, they are judging on how Muslims practising...."
Bagi aku, dakwah yang terbaik adalah dari segi perbuatan kita. Percakapan kita juga. Kadang kala aku lihat, Muslim itu sendiri yang membuatkan Islam itu nampak teruk. As a Muslim, we should be role model. The best role model that we can create. Tak banyak asalkan ada.
Aku sedih part epilog sebab percaya cakap aku, semua readers Rose's dah baca Dheo's terlebih dahulu. Jalan cerita ending semua Fahim semua dah tahu. Sebab tu, ending Rose's akan beri goosebumps kepada pembacanya. Kalau aku, aku rasa sedih. Sedih yang menusuk juga ke dada sampai alveolus aku.
Muka surat terakhir, yang buatkan aku goosebumps,
"I promise, I'll stay loyal to you. I won't give on you..on us. I'm yours and you're forever mine."- Dheo
Can you imagine that? How loyal Dheo to his wife?
Aku rasa something sebab aku dah baca Dheo's.
Overall, aku seronok telesuri kisah Dheo Han dan Nurissa Rose. Aku pun dah lawat kota Itali, Nottingham dan juga Paris.
Jumpa di lembaran yang lain.
Specky Girl
Comments
Post a Comment