Book Review: Penulis Jalanan - Teme Abdullah
What comes from heart, goes to heart.
Assalamualaikum dan hi semua!
Aku sebenarya dah lama tak menulis dan meresensikan buku hampir 2 tahun aku rasa. Aku muncul sebagai orang baharu dengan blog baru dan nama pena yang baharu.
So, lets do it!
Aku dah lama tak membaca buku lebih-lebih lagi buku fiksyen disebabkan aku kena fokus dalam study aku. Jadinya, lepas aku nampak Teme Abdullah mempromosikan buku terbarunya di media sosial aku beri dua pilihan dekat diri aku, sama ada nak beli buku itu sekarang atau masa pesta buku kerana lagi beberapa minggu nak pesta buku, Penulis Jalanan telah dilahirkan. Tapi, bila aku tengok book badge yang cantikkk saangat aku terus grab! Tambahan pula, design kulit buku sangat-sangat cantik sampaikan aku tertawan melihatnya.
Ini bukan kali pertama aku baca buku Teme Abdullah. Semua komplikasi buku beliau aku dah ada sejak Covid-19 melanda. Yah, kecuali T-Planner. Tapi, jujur aku kata yang aku tak berapa minat untuk baca 'Siri Jalanan' berbanding siri Kapal Terakhir, Selamat Tinggal Purnama dan all time my favourite, Empayar. Mungkin, buku-buku Siri Jalanan sebelum ini, cara penulisannya hanya memberikan aku inspirasi tetapi bukan tarikan.
Except, Penulis Jalanan!
Aku rasa tak sampai seminggu aku habiskan karya beliau kali ini. Mungkin juga, aku tidak terkejar-kejar dengan pembelajaran aku? Atau aku ada lebih masa untuk habiskannya? Mungkin.
Sesungguhnya, aku seronok membacanya. Lebih-lebih lagi idea yang penulis ketengahkan berkaitan dengan Muzium dan Privilege. Aku suka dua topik tu. Berkaitan juga keputusan yang dilakukan oleh Iskandar. Jatuh bangun Iskandar sebagai seorang pelukis,arkitek dan juga penulis.
Serba sedikit yang aku boleh kongsi dengan kalian tentang jalan cerita Siri Jalanan untuk kali ini adalah-
- Kisah Mirza Abudin dengan Iskandar yang berumur lewat 20-an. Kisah "Percubaan Pertama" Iskandar untuk menerbitkan buku.
- Kisah 'Kerjaya Baharu' yang Iskandar cuba untuk dapatkan. Di sini, aku suka lihat bagaimana Teme Abdullah membawakan perspektif budaya yang diketengahkan di Malaysia dan di Barat. Sampaikan aku terfikir yang 'kadangkala bangsa dijajah lebih mengagungkan pemakaian bangsa penjajah daripada bangsa penjajah itu sendiri'. Aku suka juga lihat bagaimana sistem di Malaysia berfungsi dan juga apa yang 'Malaysia' melihat terhadap seseorang. No wonder Malaysia hilang ramai orang yang berkualiti.
- Perspektif akan 'Aset Negara'. Isu wireless dan juga double standard. Aku suka baca perspektif Ahmad dan Iskandar berkairan isu Privilege.
"Kalau benarlah setiap yang bekerja keras akan layak, maka si penjual nasi lemak yang bekerja untuk menampung keluargalah paling layak. Namun, hakikat dunia tidak sebegitu."
Quantity over Quality nowadays.
Aku juga suka kisah Iskandar dan kakaknya. "Jangan sampai kita diuji dengan perkara yang kita cintai." Teme Abdullah juga membawa kisah Nabi Nuh dan Nabi Yunus dalam Siri Jalanan kali ini. Semua Muslim yang duduk di kota barat berperang dengan nafsu dan Iman. Mereka juga bersaing dengan diri sendiri untuk mengekalkan jati diri Muslim di kota Muslim yang minoriti.
Kisah Muzium yang Ahmad sampaikan pada Iskandar juga membuka mata aku.
There will always be someone who can't see your worth, or undervalue you. Don't let that person be yourself. Know your worth. Put yourself amongst the people who know your value. And you will bloom like you can never imagine.
Kalian juga harus ingat sepekara yang manusia tak suka melihat kejayaan orang lain hatta kawan baik kita sendiri. Sebab itu Allah wujudkan sifat hasad. Allah nak lihat bagaimana kita melawan sifat hasad itu sendiri. Sebab itu, merupakan penyakit hati dan ianya sukar untuk dijaga. Oleh itu, kalian kalau boleh, elakkan proses kalian untuk berjaya di media sosial. Ingat, work hard and let success be your noise.
Aku suka lihat perkembangan Iskandar dalam Penulis Jalanan sehinggakan Ben Abdullah dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Aku ikut kisah bagaimana Ben Abdullah menghadap YDPA di Twitter. Rasanya baru semalam aku baca, tahu-tahu dah dibukukan kisah itu. Good job, Teme!
Aku juga suka buku dari Iman Publication sebab dia floopy book. Betul ke istilah tu? Aku sendiri tak tahu sebenarnya haha nanti siapa-siapa tahu comment tau!!
Semua resensi ini adalah daripada aku. Lain orang, lain review dia. Lain taste dia. Overall, aku seronok membaca karya Teme Abdullah untuk kali ini. Aku cadangkan juga kepada sesiapa yang ingin inspirasi, buku ini cukup untuk buatkan kalian terinspirasi. All the best in future, Teme Abdullah!
Kerana penolakan itu lebih perit daripada berundur diri.
Ditendang itu lebih sakit daripada menyerah.
Biarlah jatuh terletak asal tidak jatuh terhempas.
Kerana memekakkan diri daripada hakikat yang pahit itu lebih menyenangkan.
Sehingga kita jumpa di resensi buku seterusnya.
Specky Girl.
Aku suka satu lagi ayat,
Berseronoklah dengan setiap langkah.
Kerana mereka yang suka berjalan, akan pergi lebih jauh daripada yang hanya sukakan tujuan.




Comments
Post a Comment