Book Review: Teruntuk Langit Yang Bercanda

 

- antologi puisi,  rasa dan kamu - 

(ditulis pada 07 November 2020)

Assalamualaikum and hi everyone! 

Blog kali ini aku nak cerita atau lebih kepada review tentang buku Teruntuk Langit Yang Bercanda by Jiwa.

Sebelum ini,  aku ada beli karya lain penulis ini iaitu Ketika Hati Berfatwa. Jadi, aku memang dah kenal dengan Serban Putih aka Jiwa. 

Mula-mula aku dah tahu kewujudan buku ini tapi hati tak terdektik lagi nak beli sebab takut tidak ada kesempatan untuk membacanya. Tapi,  bila Selangor diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat jadi aku sememangnya bosan di rumah. Jadi,  aku beli that's book. Dan aku baru baca beberapa helai buku ni,  sememangnya best weh!  Macam tertusuk dalam hati. 

Sipnosis:

Bila mendung yang diharapkan.
Hujan bakal menurun 
Tapi ternyata awan cuma berpura-pura murung.

Bila cerlang yang disangkakan biru yang tenang
Tapi lekasnya hujan buat kejutan.

Tetapi aku sudah terbiasa
Dengan tabiat langit yang suka bercanda.

Tidak lagi menerka-nerka pada warnanya
Maupun bunyinya kerana hasilnya akan mengecewakan.

Jika langit juga bercanda
Apalagi kamu?


Sebelum tu, pihak publication ada menawarkan vintage bookwrap.Vintage bookwrap yang mereka tawarkan sangat-sangat cantik.  Sesuai sangat jika kalian ingin menghadiakan kepada seseorang atau kepada diri kalian sendiri.



Teruntuk Langit Yang Bercanda ni, dia macam jurnal dan diari. Kenapa? Sebab dalam buku puisi ni, Jiwa letakkan bahagian untuk kita lekatkan gambar kita. Jadi, seolah-olah buku ini  tentang kita. 



Dalam buku ini, ada satu puisi yang aku setuju sangat,

Aku tuliskan 
seribu puisi
tanpa tajuk
dituju buatmu.

Dan jika kamu bertanya
"Puisi yang mana dituju buat diriku?"

Akan aku jawab,
"Engkau akan kenal bila engkau membacanya."

Ms, 125.

Kadangkala apabila aku baca puisi-puisi yang ditulis oleh Jiwa dalam buku ini, aku merasakan bahawa puisi itu ditulis buat aku. Sangat tepat dengan situasi yang aku alami.

Ada beberapa puisi yang paling aku suka,  

Tuhanmu melihat air matamu
Sekalipun kamu sedang menangis 
Dibawah hujan yang paling lebat. 

Jangan kamu 
Dibunuh dulu 
Oleh pemikiran 
Yang kamu cipta 
Sedangkan realiti 
Yang lebih nyata
Tak sekejam itu. 

Jika kamu rasa kecewa 
Jangan beratkan jiwa untuk berdoa. 
Kerana kecewa tanpa berdoa, 
Sama seperti mematah hatimu buat kali kedua. 
Berdoa itu ialah cara kamu, 
Gantung segala harapanmu, 
Di tempat yang pasti. 

Kesalahan kita 
Ialah kita sering 
Meminta setiap perkara 
Yang diinginkan 
Untuk dipercepatkan. 


Dan banyak lagi!

Akhir sekali, ada satu ni, aku paling suka.

" Tanpa kamu sedari, manusia sendiri yang mencipta definisi sempurna itu dan kamu telah terjebak oleh bujukan mereka. Membuatkan kamu gagal untuk menikmati keindahan yang telah tercipta buatmu. Padahal hakikatnya, kita semuanya sama, kita cumalah kumpulan tanah yang diberikan nyawa."

 Itu sahaja blog untuk kali ini. 

Terima kasih, Jiwa!

 Jika kalian berminat, boleh dapatkan buku ini di website www.nukilanbiruni.com .

 Rate : 10/10 🌌

(ditulis pada 07 November 2020)

 


Comments

Popular posts from this blog

Book Review: Sapphire - Anjell

Book Review: Through Her Mother's Eyes - Norhafsah Hamid

Book Review: Penulis Jalanan - Teme Abdullah