Book Review: Dia Tetap Sempurna - Anjell
(ditulis pada 22 November 2020)
Assalamualaikum and hi everyone!
Blog kali ini aku nak kongsi dengan kalian tentang that's book, Dia Tetap Sempurna by Anjell. Mungkin kepada review.
First of all, I would like to say, buku ni best gila weh. Honestly, bagi seorang perempuan, baca novel yang genre romantic, mana taknya berangan sampai angkasa lepas. Tersenyum sendiri.
Sebelum ini, aku ada beli karya lain penulis ini seperti Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu,Dr Alpha Male dan Dheo's. Lagi dua buah buku iaitu Suamiku Paling Sweet dan Hero Seorang Cinderella aku dah baca tapi aku tak beli sebab tiada stock. Sedihnya.
PBAKL 2019, aku pergi stall Karyaseni, kemudian, aku ada tanya pekerja dekat situ, ada tak SPS dan HSC sebab lima hari lepas waktu hari pertama PBAKL, Karyaseni ada upload gambar dan aku nampak novel-novel tu. Kemudian, pekerja itu kata tiada stock dan tidak akan restock. Dan aku pulang dengan perasaan yang hampa.
Back to our topic, tak silap aku, bulan Mac 2020, Anjell baru publish this book. Tapi, ianya terhad kepada pembeli yang ingin membeli "hard cover". Untuk yang soft cover, mungkin lepas habis hard cover sehingga sampai semua buku hard cover kepada pemiliknya baru soft cover dilancarkan. Waktu tu, aku hampir nak beli hard cover tapi mengenangkan aku ada peperiksaan besar tahun ini dan aku berjanji pada diri untuk tidak langsung membeli novel-novel pada tahun ini. Jadi, terlepaslah aku nak beli hard cover.
Tak lama selepas itu, kerajaan melaksanakan PKP dan peperiksaan besar bagi aku dibatalkan. Bulan Mei 2020, aku terbaca dekat Wattpad tentang Dia Tetap Sempurna. Memang selalu, apabila nak publish buku, Anjell akan letakkan 20 bab terawal untuk dibaca sebelum membeli novelnya. Jadi, aku baca sehingga habis. Ya Allah , best do. Hampir setiap hari, aku tunggu Karyaseni update tentang jualan soft cover apabila aku tahu novel hard cover dah sampai kepada pembeli. Aku tunggu punya tunggu. Pada Jun 2020, Karyaseni dah buka jualan untuk soft cover pula. Jadi, aku terus beli. Happy gila aku pada waktu tu dan penghantaran sangat cepat. Dan aku baru nak review that's book.
Itu baru pendahuluan. Jom aku cerita tentang Dia Tetap Sempurna.
Dia Tetap Sempurna. Kisah antara Dara Nailufar dan Eskandar Arasyah. Tentang gadis yang digelar Sunshine dan Prince Charming digelar Orang Kacak. Sebelum tu, aku share sipnosis novel ni.
Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, Dikejar kucing!
Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.
Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.
“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH
Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu. Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.
“Aku tak sempurna, Dara.” – ESKANDAR ARASYAH
“Nobody is perfect.” – DARA NAILUFAR
“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH
“But you have everything.” – DARA NAILUFAR
Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

Alkisahnya, Dara diajak oleh rakan-rakan sekolahnya untuk pergi ke majlis reunion. Majlis tu diadakan di atas cruise weh! Setiap kali apabila mereka mengajak Dara untuk pergi ke majlis reunion tu, Dara pasti mengelak. Mula-mula Dara tak nak pergi sebab akan bertembung dengan dua orang musuh ketatnya. Ex-boyfriend dia dan perampas ex-boyfriend dia. Tapi, setelah diasak oleh teman baiknya, Suria, dia setuju untuk pergi ke majlis reunion tu.
Suria mencadangkan supaya Dara pergi majlis reunion tu dengan membawa boyfriend. Boyfriend yang gah dan memiliki segalanya hanya untuk malam reunion itu saja! Tapi, Dara Nailufar tiada boyfriend. Jadi, pertemuan dia dengan Audi, yang merupakan anak Tan Sri, membuatkan dia "kawtim" dengan Audi kerana Dara telah selamatkan Audi.
Sewaktu di atas cruise, orang yang dinanti-nantikan tidak kujung tiba. Yang peliknya, yang ditunggu yang lain pula yang muncul. Di atas kapal, pada malam reunion itu bukan Audi tapi Eskandar Arasyah!
Sangat-sangat pelik. Tapi, dari bab ke bab, kita mula tahu kenapa Eskandar yang muncul pada malam itu dan bukannya Audi.
Sampailah satu tahap, Eskandar menceritakan tidak kesempurnaan dia. Honestly, for me, dari awal sehinggalah dia Eskandar buka cerita tentang diri dia, aku dah agak, apa yang membuatkan dia tidak sempurna. Tapi, aku terkejut akan sebab mengapa dia menjadi tidak sempurna. Cerita sebalik macam mana Eskandar tak sempurna.
Overall, novel ini sangat-sangat best! Kalau dulu, aku paling suka Dheo's, sekarang aku teramat suka Dia Tetap Sempurna. Dalam banyak-banyak hero dalam karya Anjell, aku paling suka Eskandar Arasyah sedangkan orang lain mungkin kebanyakkan menyukai Dr Hilman Ukasyah dalam novel Dr Alpha Male.
Now, crush bayangan aku adalah Eskandar Arasyah.. ><!
Terima kasih, Anjell !
Jika kalian berminat, boleh dapatkan novel di shoppe Karyaseni atau kedai buku yang berhampiran anda! Kalau nak try baca 20 bab terawal, boleh search ' Dia Tetap Sempurna' dekat Wattpad.
Rate : 9/10 🌌
(ditulis pada 22 November 2020)

Comments
Post a Comment