Book Review: Selamat Tinggal Purnama - Teme Abdullah
Assalamualaikum and hi everyone! I'm back !
So, blog aku kali ini aku nak cerita tentang Selamat Tinggal Purnama, Teme Abdullah.
Lebih kepada review mungkin.
Okay, first of all, aku nak cakap, novel ni best gila weh. Kalau sebelum ni aku suka siri Empayar, now , aku teramat suka Selamat Tinggal Purnama. Aku baca macam naik roller-coaster. Sometimes aku marah, sometimes aku rasa nak cekik watak antagonis dan sometimes aku nak jerit kuat-kuat dekat telinga Latif Purnama supaya dia tak naif sangat. Plot twist cerita ni, rasa terkejut ada, rasa kesian ada dan terjawab segala persoalan aku.
Masa aku pre-order buku ni, aku harap sangat aku dapat box dia. Tapi, bila aku bukak instagram, aku tengok posting dekat instagram Teme, 2 jam pertama 14 000 orang pre-order. Dan box tu hanya kepada 7 000 orang terawal. Sudah tentu aku tak dapat sebab aku pre-order keesokkan harinya. Tapi, alhamdulillah, aku dapat bookmark!
Mula-mula, aku terfikir jugak. Kenapa tajuk novel tu " Selamat Tinggal Purnama ". Bila baca sampai habis, it such a sad story sebenarnya. Orang takkan faham apa yang kita lalui. Orang hanya nak kita puaskan hati mereka. Mereka tak kisah pun tentang kita sebenarnya.
Masa aku baca sipnosis, aku macam tak dapat gambaran apa yang penulis ingin sampaikan. Lagi pelik, bila siri STP ni, penulis letakkan , Strain Pertama dan Strain Kedua. Tak pernah lagi dibuat orang. Dan aku macam " mesti ada kisah di sebalik nama ni". Dan , bila habis baca STP, Strain Pertama, aku faham.
Let us start!
Aku mulakan dengan sipnosis. Strain Pertama.
Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ' kredit ' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.
Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.
Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ' artis terkenal ' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu. Hidupnya berubah dari saat itu.
Masa aku baca sipnosis, seriously, aku tak faham. Mula-mula aku fikir bahawa artis terkenal tu tipu masyarakat. Then , apabila habis baca Strain Pertama, aku faham siapa ' artis terkenal ' yang dimaksudkan.
Strain Kedua.
Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang dari radar. Masyarakat tidak tahu apa berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka , dia telah bersara.
Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
Serius, lepas aku baca strain kedua sampai habis, karya yang membahayakan nyawanya, betul-betul meresap ke dalam jiwa aku.
Aku kenalkan watak-watak STP ini.
- Latif Purnama. Seorang penyanyi antarabangsa. Digilai oleh ramai orang. Lelaki mahupun perempuan. Seorang yang hebat.
- Dr. Adda. Seorang doktor praktikal. Isteri kepada Latif Purnama.
- Dr. Omar. Doktor dan penyanyi. Boleh imbangkan career penyanyi dan doktor. Hebat dia ni. Hebat sangat - sangat. Tapi, aku tak suka dia.
- Sinar Mawar. Pengurus syarikat rakaman nyanyian yang mengambil Latif Purnama dan Dr Omar sebagai artis dibawah naungannya. Watak antagonist dalam cerita ni. Selfish.
- Eric dan Musa. Kawan baik kepada Latif Purnama, Dr Adda dan Dr Omar.
- Shelby. Wartawan yang telus. Seorang yang rapat dengan Latif Purnama. Tak macam Wartawan yang hanya nak dapatkan kredit dengan mengeluarkan cerita-cerita sensasi tapi tidak benar.
Aku tak tahu nak start macam mana. Aku harap aku tak cerita plot twist novel ni.
Alkisahnya, pada waktu itu, penduduk Nusaraya perlu hidup dengan adanya kredit melalui sistem jalur leher. Kredit paling tinggi iaitu kolar cantik, akan dipanggil Sinar dalam namanya. Seperti, Sinar Mawar . Kalau kredit tu sedikit dan tak sampai minima, mereka akan mati. Kalau dia dalam golongan berada, dia boleh beli kredit. Kredit yang ada pada kita juga, boleh dicuri oleh orang. Kredit kita juga akan menurun sekiranya orang judge kita. Maksudnya, kalau kau buat salah, kemudian ada orang judge kau atau cakap buruk pasal kau, automatic kredit kau turun. Kalau ia turun mendadak sehingga tahap minima dan kreditnya menjadi kosong , kau akan mati. Sangat bahaya.
Bayangkan, kalau sistem jalur leher tu wujud pada masa sekarang, kita tidak tahu nasib kita. Sebab orang akan judge kita dan kredit kita ada kalanya turun dan naik. Atau mungkin, kalau kita lahir daripada keluarga yang susah, kemungkinan besar kita tidak dapat hidup dengan lama. Jadi, jika ada sistem jalur leher , kita kena sentiasa melakukan kebaikan.
Aku ada jumpa satu pantun ni dekat Twitter,
#SelamatTinggalPurnama
Latif purnama itulah nama,
Hidup nya dijulang bagaikan permata,
Namun dia juga insan biasa,
Yang masih punya jiwa dan raga.
Angkara durjana dianggap kawan,
Megah hidupnya kian menjunam,
Tiada kudrat untuk melawan,
Dibiar tak endah sepi mencengkam.
Manusia itu kejamnya sekali,
Dek kerasukan semua cerita dibeli,
Habis tersebar seantero negeri,
Si latif pergi membawa diri.
Itulah hidupnya si empunya nama,
Akhirnya pilu nasibnya tak berjasa,
Sudah lumrah bergelar manusia,
Ditangisi jasadnya pabila tiada.
-the!nsaNe
Base on that, Latif Purnama ni dia seorang artis yang terkenal di serantau Asia. Jadi, Sinar Mawar , suruh dia merahsiakan identiti sebagai suami kepada Dr. Adda sebab takut rating dia akan jatuh dan Dr Adda pun bersetuju dengan Sinar Mawar sebab Dr Adda juga tidak mahu dikenali. Tapi, Latif Purnama bertekad untuk memberitahu kepada peminat-peminatnya yang dia sudah berkahwin setelah tamatnya konsert untuk meraikan album pertamanya iaitu "Strain Pertama". Kerana. bagi Latif Purnma, ia lebih senang untuk meneruskan kerjayanya dalam keadaan sudah berterus-terang dengan peminatnya.
Dipendekkan cerita, secara logiknya, jika seorang penyanyi international, mesti jalur lehernya akan bertukar kepada Sinar. Tapi, tidak pada Latif Purnama. Latif Purnama, warna kolarnya adalah kedua tertinggi. Ini kerana, Sinar Mawar telah membolot hampir semua kredit dan keuntungan milik Latif Purnama daripada hasil jualan albumnya. Kemudian, Sinar Mawar hanya bagi 10 percent daripada hasil jualan album dan tiket konsert Latif Purnama. Padahal, yang cipta lagu, yang kompos lagu, yang set up konsert , semuanya usaha Latif Purnama. Sinar Mawar mengambil kesempatan terhadap kebaikan Latif Purnama. Betul-betul mengambil kesempatan. Kalau artis lain, dapat 70 percent but Latif just 10 percent weh.
Sampai situ sahaja tentang Strain Pertama.
Strain Kedua.
Latif Purnama menghilangkan diri setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar. Daripada pengumuman tersebut, seorang ramaja berumur 17 tahun dikejarkan ke hospital kerana ingin membuat cubaan membunuh. Kerana remaja perempuan tersebut, tidak boleh terima kenyataan yang Latif Purnama sudah berkahwin. Yahh, zaman sekarang masih ada.
Latif Purnama , hilangkan diri selama setahun. Dia hanya dikelilingi dan meluangkan masa bersama ahli keluarganya dan orang terdekat. Satu hari, Latif Purnama ingin bersara menjadi penyanyi. Dia sudah berjanji dengan isterinya. Dia berjumpa dengan Sinar Mawar. Sinar Mawar setuju jika Latif ingin berhenti menjadi penyanyi. Namun, Sinar Mawar meletakkan syarat, bahawa rumah tumpangan yang didiami oleh Latif Purnama sekarang, perlu ditarik balik. Semuanya perlu ditarik balik termasuk kereta dan pengawal peribadi. Jadi, Latif Purnama berada di dalam dilema dan tertekan. Maka, Latif Purnama menarik balik kata-katanya, dan menghasilkan 10 buah lagu dalam masa sebulan jika hendak terus duduk di rumah itu. Itu merupakan karya yang membahayakan nyawanya serta kehilangan kebahagiaan.
Latif Purnama seorang artis. Apabila menjadi seorang artis, diri ini seolah-olah milik semua orang. Dan apabila menjadi artis, ia tiada privasi. Apa yang berlaku pada kita, menjadi buahan mulut masyarakat. Jika perkara baik, dipuji. Jika perkara buruk diperkatakan, dicaci dan dimaki. Jika merahsiakan, dituduh menjadi penipu. Diri ini perlu memuaskan hati semua orang walaupun diri ini telah ada banyak luka dan parut. Tetapi, harus disembunyikan kerana orang tidak peduli.
Kerana bagi Latif Purnama,
Tiada jalan keluar bagi kemasyhuran. Menjadi terkenal tidak boleh diundurkan.
Ia merupakan penjara bagi seseorang. Penjara yang menyelubunginya sehingga ke akhir hayat.
Suatu sumpahan.
Setakat itu sahaja aku boleh ulas.
Banyak quotes yang aku suka dalam buku ini, antaranya,
- Jangan menipu orang yang kau anggap penting dalam hidup kau.
- Tidak semua orang yang datang dalam hidup kita ditakdirkan untuk bersama dengan kita selama-lamanya. Walaupun seorang itu kita sayang dengan sepenuh hati.
- Usaha untuk membela pembohongan itu lebih payah dan lebih meletihkan daripada menjadi jujur.
- Tidak setiap masa yang mengalah itu bererti merelakan kalah. Kadangkala, ketenangan dan ketenteraman jiwa itu lebih utama daripada betul atau salah.
Lumrah manusia.
Sesal selepas tiada.
Tercari-cari selepas pergi.
Menghargai selepas hilang.
Namun sayang, semua tiada lagi berguna.
Rate : 10/10 🌌
Itu sahaja buat kali ini. Terima kasih!
Terima kasih Teme Abdullah atas buku yang sangat menarik.
Jika kalian ingin membelinya, boleh dapatkan di instagram @imanpublication atau www.imanshoppe.com .
(ditulis pada 14 Oktober 2020)

Comments
Post a Comment